|
The Pwincess ![]() " Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Aku redha menerima segala ketentuanmu kerana aku tahu engkau mengetahui apa yang tidak aku ketahui. Ya Allah, lindungilah hatiku dari cinta yang sia sia. Jika benar engkau telah menyediakan seorang bidadara untukku, kau bantulah aku agar aku mencintainya keranaMu dan mencintaiMu lebih dari segalanya. Ya Allah, sesungguhnya aku sudah tersasar jauh dari landasan yang sebenarnya. Aku memohon pertolonganmu Ya Allah. Amin. " Shout Don't make any childish act here. Remember, every single deed you have done will be written. Even the smallest one. You can ask anything here. Thank you. The girls ![]() Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walau maut menjadi noktahnya kerana sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain biarpun tanpa bayangnya. A Big Thanks Layout by Rin with the background from Dollicrave. Icons from moonstonedaydreams.
| Masalah
"Masalah masalah masalah. Asal aku pergi memana, mesti ada masalah. Mana Allah ? Mana tuhan ? Kenapa Dia tak bantu aku di saat aku kesusahan ?" Masalah. Sering datang tanpa diundang. Sudah kuatkah hati ini untuk menghadapi masalah yang mendatang ? Sesungguhnya, masalah itu ujian dan Allah tidak akan menguji hambanya melebihi batas kemampuan mereka. "Ya Allah, kuatkan hati hambamu ini Ya Allah". Berdoalah manusia. Seringkali jari menunding ke arah yang Maha Esa. "Ya Allah, mengapakah engkau menurunkan ujian yang maha besar ini ? Tidakkah engkau ketahui batas kemampuanku?" Istighfar. Sesungguhnya Allah mengetahui segala galanya. Tika kau sudah terfikir untuk berputus asa, ingatlah saat saat ibumu berjuang untuk membiarkan kau melihat dunia. Tika sang lidah tidak mampu berkata kata, rembeskan air matamu. Menangislah kerana Allah ada di setiap doamu. Cekalkan hati, tabahkan imanmu. Allahuakbar. Jangan sesekali kau merasa sendiri, kerana kiri kananmu malaikat sentiasa menemani. Tidakkah engkau berasa malu ? Rebah di tengah jalan sedangkan di penghujung itu syurga impianmu. Assalamualaikum. |



