|
The Pwincess ![]() " Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Aku redha menerima segala ketentuanmu kerana aku tahu engkau mengetahui apa yang tidak aku ketahui. Ya Allah, lindungilah hatiku dari cinta yang sia sia. Jika benar engkau telah menyediakan seorang bidadara untukku, kau bantulah aku agar aku mencintainya keranaMu dan mencintaiMu lebih dari segalanya. Ya Allah, sesungguhnya aku sudah tersasar jauh dari landasan yang sebenarnya. Aku memohon pertolonganmu Ya Allah. Amin. " Shout Don't make any childish act here. Remember, every single deed you have done will be written. Even the smallest one. You can ask anything here. Thank you. The girls ![]() Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walau maut menjadi noktahnya kerana sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain biarpun tanpa bayangnya. A Big Thanks Layout by Rin with the background from Dollicrave. Icons from moonstonedaydreams.
| Kekasih
Berdosa hukumnya memberi sekeping hati milik awak kepada orang yang belum sah menjadi milik awak. Menyukai atau mencintai tu tak berdosa. Yang berdosanya kalau awak suka atau cinta dengan kaum sejenis. Mencintai seseorang tu lumrah hidup. Allah bagi kita hati, perasaan. Supaya kita boleh rasa bahagianya perasaan cinta berlandaskan islam. Kalau awak suka seseorang, awak tengok dulu diri awak. Umur berapa, dah kerja ke belum. Kalau masih bersekolah dan spm pun tak lepas lagi, buat apa nak bercinta. Capai cita cita awak dulu. Ketepikan soal cinta. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Jodoh tak kemana. Kalau dah cinta sangat, mengadu kat Allah. Mohon Allah bagi petunjuk kalau dia yang terbaik untuk awak. Jangan nak menggatal mintak couple lah apa lah. Lindungi hati awak dari cinta yang sia sia. " Hek eleh bajet alim pulak minah ni". Bukan nak bajet alim. Cuma nak berkongsi. Awak kan saudara saya. Besar pahalanya berkongsi apa yang patut dikongsi. Saya pun pernah lalui zaman zaman couple ni. Hubungan yang sia sia. Berlandaskan nafsu semata mata. Tengok orang lain couple sweet aja, kita pun mestilah nak kan. Tapi kita tak sedar, apa yang kita buat tu berdosa. Mendekati zina sedangkan Allah melarang semua itu. Tengok remaja zaman sekarang, langsung tak ada sifat malu bersentuhan dengan yang bukan mahram. Soal aurat tu memang tak payah cakap lah. Terdedah sana sini. Kesian bakal suami awak nanti sayang. Semua yang sepatutnya untuk dia, orang lain dah tengok dulu. Kenapa haiwan tak pakai tudung? Sebab dia haiwan, binatang. Takde akal, takboleh berfikir. Kenapa ada perempuan tak pakai tudung? Sebab apa? Sebab dia sama macam haiwan? Takde akal? Sedangkan setiap manusia ada akal. Allah itu maha adil. Tepuk dada, tanya iman. Assalamualaikum. |



.jpg)