Billion of Stars <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7035348132787901822?origin\x3dhttp://ninaasuhaimi.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>






Masalah
Thursday, 27 February 2014 Thursday, February 27, 2014 0 Comment(s)

"Masalah masalah masalah. Asal aku pergi memana, mesti ada masalah. Mana Allah ? Mana tuhan ? Kenapa Dia tak bantu aku di saat aku kesusahan ?"


Masalah. Sering datang tanpa diundang. Sudah kuatkah hati ini untuk menghadapi masalah yang mendatang ? Sesungguhnya, masalah itu ujian dan Allah tidak akan menguji hambanya melebihi batas kemampuan mereka.  "Ya Allah, kuatkan hati hambamu ini Ya Allah". Berdoalah manusia. Seringkali jari menunding ke arah yang Maha Esa. "Ya Allah, mengapakah engkau menurunkan ujian yang maha besar ini ? Tidakkah engkau ketahui batas kemampuanku?" Istighfar. Sesungguhnya Allah mengetahui segala galanya. Tika kau sudah terfikir untuk berputus asa, ingatlah saat saat ibumu berjuang untuk membiarkan kau melihat dunia. Tika sang lidah tidak mampu berkata kata, rembeskan air matamu. Menangislah kerana Allah ada di setiap doamu. Cekalkan hati, tabahkan imanmu. Allahuakbar. Jangan sesekali kau merasa sendiri, kerana kiri kananmu malaikat sentiasa menemani. Tidakkah engkau berasa malu ? Rebah di tengah jalan sedangkan di penghujung itu syurga impianmu. Assalamualaikum.


Kekasih
Saturday, 5 October 2013 Saturday, October 05, 2013 0 Comment(s)

Berdosa hukumnya memberi sekeping hati milik awak kepada orang yang belum sah menjadi milik awak.

Menyukai atau mencintai tu tak berdosa. Yang berdosanya kalau awak suka atau cinta dengan kaum sejenis. Mencintai seseorang tu lumrah hidup. Allah bagi kita hati, perasaan. Supaya kita boleh rasa bahagianya perasaan cinta berlandaskan islam. Kalau awak suka seseorang, awak tengok dulu diri awak. Umur berapa, dah kerja ke belum. Kalau masih bersekolah dan spm pun tak lepas lagi, buat apa nak bercinta. Capai cita cita awak dulu. Ketepikan soal cinta. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Jodoh tak kemana. Kalau dah cinta sangat, mengadu kat Allah. Mohon Allah bagi petunjuk kalau dia yang terbaik untuk awak. Jangan nak menggatal mintak couple lah apa lah. Lindungi hati awak dari cinta yang sia sia. " Hek eleh bajet alim pulak minah ni". Bukan nak bajet alim. Cuma nak berkongsi. Awak kan saudara saya. Besar pahalanya berkongsi apa yang patut dikongsi. Saya pun pernah lalui zaman zaman couple ni. Hubungan yang sia sia. Berlandaskan nafsu semata mata. Tengok orang lain couple sweet aja, kita pun mestilah nak kan. Tapi kita tak sedar, apa yang kita buat tu berdosa. Mendekati zina sedangkan Allah melarang semua itu. Tengok remaja zaman sekarang, langsung tak ada sifat malu bersentuhan dengan yang bukan mahram. Soal aurat tu memang tak payah cakap lah. Terdedah sana sini. Kesian bakal suami awak nanti sayang. Semua yang sepatutnya untuk dia, orang lain dah tengok dulu. Kenapa haiwan tak pakai tudung? Sebab dia haiwan, binatang. Takde akal, takboleh berfikir. Kenapa ada perempuan tak pakai tudung? Sebab apa? Sebab dia sama macam haiwan? Takde akal? Sedangkan setiap manusia ada akal. Allah itu maha adil. Tepuk dada, tanya iman. Assalamualaikum.